Sunday, August 8, 2010

Adakah anda tahu?? Pelik tapi benar..

ISNIN 09/08/2010 : Hari ini saya akan berkongsi maklumat kepada anda semua mengenai apa terjadi dalam dunia ini tanpa kita sedari. Entri kali ini menunjukkan kuasa tuhan yang amat mengagumkan tanpa kita sangka akan kelebihan atau keburukannya. Sama-samalah kita menghayati dan renungkan apa yang terjadi dalam dunia yang penuh 1001 misteri ini....


                                                        Adakah anda tahu??


*Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

*Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia.

*Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
                 
                   






 Coffee





Kelebihan tangan kanan  


*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

*Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.









Bergayut jer...




Yoyo  
*Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

*Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

*Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

*Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

*Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.







Selat Inggeris



                                                                           Bersin

*Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

*Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

*Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

*Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

*Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.


Larian pantas

Ngauman yang mengagumkan






Bermacam-macam serangga di dunia ini.








Di harap,segala maklumat dapat menambah pengetahuan anda. Terima kasih.. n_n

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails