Tuesday, August 10, 2010

Misteri Jam 12 - Seram

RABU 11/08/2010 : Entri kali ini mengisahkan mengenai kisah seram oleh seseorang wanita dalam lingkungan 20an. Gadis muda dan ayu. Ikuti kisah cerita beliau ini..




Sering Diganggu
oleh Rozita


Cerita ini berlaku kira-kira 6 tahun yg lalu. Ketika itu keluarga saya baru sahaja berpindah ke rumah yg baru. Kami sering diganggu dengan bemacam macam jenis makhluk halus. Umpamanya pontianak. Kami tinggal berdekatan tasik Bukit Gombak. Disitu dipercayai tempat yang amat keras. Semua ahli keluarga saya pernah ternampak tapak kaki bayi yang baru lahir bermula dari pintu masok bilik terus ke tembok dan berakhir ditingkap, dan tapak kaki itu adalah darah. Yang menghairankan, bayi yang baru lahir tidak mungkin dapat berjalan.

Kemudian 4 hari setelah itu, sedang saya tidur di dalam bilik seorang diri, saya terasa bantal yg ditutup kepala saya telah ditepuk-tepuk. Saya diamkan diri kerana saya tau yang saya confirm telah diganggu. Tetapi ia berterusan sehinggakan saya tidak tahan rasanya, terus saya buka bantal itu, saya terperanjat lalu memekik "AYAH! AYAH" Bapa saya terus lari kebilik dah pontianak itu terbang keluar tingkap. Bapa saya teperanjat dan terus memegang tangan saya membawa saya keluar dari bilik tersebut. Sungguh menyeramkan wajarnya... amat buruk sekali... dan ia berterusan setiap malam sehinggakan bapa saya memanggil orang pakar utk menyemar rumah kami. Setelah itu tiada lagi kejadian pelik berlaku.




Saya ingatkan ia sudah berakhir, tetapi setelah saya berumah tangga, benda tersebut muncul dirumah ibu mertua saya. Tiada siapa percayakan saya, termasok juga suami. Sampai sekarang, saya sudah mempunyai rumah sendiri, masih lagi diganggu... senang cakap, sekarang saya dah tak heran, kerana saya percaya yg saya dapat melihat makhluk-makhluk tersebut. Saya dah lali.


Comment from u.. n_n

3 comments:

Related Posts with Thumbnails