Friday, August 13, 2010

Seram : Penunggu Rumah

JUMAAT 13/08/2010 : Hari ini saya akan memberikan anda sebuah cerita seram khas untuk anda semua. Ia berlaku di sebuah kawasan dan telah di alami oleh seorang gadis yang bernama Yana. Ikuti kisah selanjutnya ini:


Penunggu Rumah
Oleh Yana..

    Cerita mysteri ini berlaku 11 tahun yg lalu, ketika itu Yana masih lagi dibangku sekolah menengah. Yana & keluarga tinggal di daerah Jurong NTI, dan blok yg kami menetap itu, tingginya hanya hingga ke tingkat 12. Abah & Ibu Yana, beli rumah itu dari seorang makcik. Rumah yg dibeli itu adalah rumah ditingkat yg terakhir. Ingat lagi kata-kata nenek pada abah & ibu, "Rumah ni ada yang tak bagusnye, baik korang buat doa selamat lepas abis buat rumah nie, dan selalu lah solat. Mula-mula ingat nenek sahaja jek nak kita slalu solat kape. Tapi macam-macam yg kami sekeluarga alami setelah tinggal dirumah itu selama seminggu.

   Bilik-bilik kami ber air-con, jadi setiap kali kami tidur mestilah nak kena tutup pintu kan. Mula-mula semasa kami tidur, pintu bilik ibu terutamanya selalu berbunyi seperti ditiup angin (gegaran) padahal kita gunakan air-con, pelik kan? Bayangankan, kita ni dah tinggal di tingkat paling atas (tingkat 12), jadi kat atas dah tak ada rumah lagik, kedengaran seperti org berlari, main goli & ini selalunya berlaku pada waktu 12tgh malam keatas lah."



    Pernah sekali, Yana & adik-adik lelaki yana hendak pergi mengaji, seperti biasa kami akan keluar rumah selepas mahgrib, ketika itu abah hendak hantar kami ke rumah makguru. Terkejut Yana apabila ibu meraung ketakutan! Sedang ibu duduk diruang tamu, berhadapan bilik tidurnya, tetiba ibu memekik, "Abg! Abg! ade kepale kat tingkap! tu..tu....halau die...! cepat halau die! pergi! pergi!" sambil menangis. Abah & arwah nenek saya cuba menenangkan ibu, dan arwah nenek mengambil air & membaca ayat suci, sapukan ke muka ibu & memberi ibu minum. Kami adik-beradik terus tidak jadi ke rumah makguru, terkejut atas kejadian itu.

Pernah juga paku tiba-tiba masuk ke rumah dari tingkap, waktu itu juga waktu mahgrib, tetapi peliknye, apabila ibu & yana jenguk ke arah tingkap tiada sesiapa pun di luar. Hairan nya, siapa yg campak paku ke dalam rumah? Yang paling best, yang ini nenek saya kata saya ni ada penjaga, saya kena lah marah dgn ibu lalu merajok, terus masuk bilik & menangis, bila saya toleh je, saya nampak seorg wanita bertelekong sedang sujud, tidak kelihatan mukanya tapi ini jelas.


Sekarang dah pun pindah selama 6 tahun, peliknya dirumah baru ni tidak ada perkara-perkara pelik yg berlaku. Itu sahaja lah cerita mystery yana itu pengetahuan semua.


Nasihat dari saya:
Apabila anda bertemu dengan syaitan atau pun jin,jangan lah kamu takut padanya kerana jika anda takut,maka dia makin berani ganggu kita...

Waspadalah.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails