Monday, August 2, 2010

Adakah anda tahu? Penemuan pertama elektrik

ISNIN 2,08,2010 : Elektrik telah ditemukan pada 2500 tahun dahulu. Saintis Greek  Thales of Miletus (c. 620 BCE – c. 546 BC) perasan yang sepotong amber (fosil yang keras dari pokok getah) menarik straw atau bulu ketika beliau menggosokkan pada bajunya. Perkataan "electricity" datangnya dari perkataan Greek untuk amber -"electron". Thales juga dikenali sebagai bapa falsafah.

                  Thales Of Miletus

   Perkataan "kuasa" pertama kali digunakan pada tahun 1600 oleh William Gilbert, seorang doktor untuk Ratu Elizabeth I. Ia melakukan percubaan dan mendapati bahawa bahan-bahan seperti berlian, kaca dan lilin melakukan reaksi yang sama seperti amber.

   Count  Alessandro Volta menemui bateri pertama pada abad ke-18.Dia memberi nama "voltaic pile"(tumpukan volta). Ia terdiri dari tumpukan zink dan perak atau cakera tembaga yang dipisahkan oleh bantal dibasahi dengan larutan asid. Unit untuk mengukur unit elektrik, volt, dinamakan Count Volta.

   Pada tahun 1860-an, George Leclanche mengembangkan penggunaan sebuah bateri yang tidak menggunakan asid berbahaya, ia dikenali sebagai sel bateri kering. Kebiasaannya,kita menggunakan beteri tersebut di lampu flash, radio mudah alih, remote control dan sebagainya. Ini semua berdasarkan design Leclanche's.


 
             George Leclanche

   Setiap tahun beribu-ribu orang di dunia ini terkena kejutan elekrik,akan tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang mati secara mendadak. Kebanyakan terjadinya kematian apabila terjadinya lebih 10 000 kebakaran di seluruh dunia di sebabkan terlebihnya penggunaan electrik. 


   Saranan bagi pihak Oh!! My..,janganlah menggunakan overload plug kerana risiko berlakunya kebakaran adalah tinggi. Sayangilah diri anda dan keluarga anda. n_n



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails