Wednesday, August 11, 2010

Kiamat??? Bumi??? Bila???

RABU 11/08/2010:  Hari ini saya akan menyentuh mengenai perihal bila berlakunya kiamat. Semua orang termasuk saya sendiri tidak tahu bila dan bagaimana bentuk kiamat itu. Itulah menjadi persoalan setiap mahluk dalam dunia ini. Sempena bulan ramadhan yang mulia ini,marilah kita sama-sama renungkan dan bertaubat sebelum satu tarikh berlakunya kiamat akan berlaku satu hari nanti..


                                                             Gambar hiasan


Metro Online:
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/BeritaUtama/20060312085244/Article/indexm_html

KUALA LUMPUR: Dunia akan kiamat pada 1 Februari 2019 akibat bumi dilanggar asteroid dikenali sebagai 2002 NT7! Ini adalah dakyah terbaru yang kini disebarkan secara meluas menerusi e-mel di internet.

Lebih mendukacitakan, e-mel itu mengajak manusia di seluruh dunia untuk bergembira dan melakukan perkara untuk kepuasan diri mereka sehingga tarikh berkenaan.

Pihak yang menyebarkan e-mel berkenaan mendakwa, kejadian yang bakal memusnah dan melenyapkan bumi daripada sistem cakerawala itu disahkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (Nasa) di Amerika Syarikat (AS).

Pakar astronomi negara ini mengakui kewujudan asteroid 2002 NT7, namun meminta orang ramai tidak terlalu bimbang sehingga mengganggu kehidupan seharian kerana banyak perkara mengenainya masih dipantau dan belum dipastikan.

Pakar agama pula meminta umat Islam tidak terlalu mempercayai kiamat akan berlaku pada tarikh itu kerana dibimbangi akan menjejaskan akidah kerana kiamat adalah ketentuan Allah yang tidak diketahui manusia, termasuk Nabi Muhammad SAW.



                                                         Kiamat satu hari nanti


Benar atau tidak bukanlah persoalannya. Kiamat pasti akan
terjadi. Elok sebagai peringatan pd mereka yg masih lalai :
Yang belum tentu pasti hari terjadi hanyalah 'kiamat diri'.

Sama samalah kita mencari.....
kerana kehidupan itu satu pencarian....

Benarkah kita diambang kiamat...

a) Mengikut hadith (x pasti sahih atau dhaif) UMAT R
asulullah saw akan hidup selama 1500 tahun...
sekarang sudah 1427H + 11H (tahun Nabi saw wafat) = 1438H, ditolak 1500H, bakinya 62 tahun. Oleh itu, tahun 2006M + 62 = 2068M. daripada ini kita ketahui kita akan bertahan
dalam masa lebih kurang 62 tahun lagi..
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2068???

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih
kecil daripada bumi yang menghala ke bumi..
Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan
melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan memintasya dengan sebuah roket...

Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi
dianggarkan dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet
ini LEBIH BESAR daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 206++???... .

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya
pada tahun 2007...
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022,
disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun
dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada anggarn tahun 2062... .

Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2068... . Wallahu'alam...






Ini adalah fakta dan info sahaja. Terpulang kepada anda semua sama ada mahu menilai yang aik mahupun buruk.
Yang pasti ketentuan-Nya untuk berlaku kiamat tidak disangkal lagi.
Bertaubatlah dan kembali ke jalan yang benar dan sama-samalah kita manjadi insan yang di redhai oleh-Nya.
Waspadalah..   Oh!! My..


Be my Follower.. Thx.. n_n

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails